Jangan Bimbang Keluar Mengundi Kerana Keselamatan Terjamin - Polis

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Orang ramai di Negeri Sembilan tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Ahad ini (5 Mei) kerana keselamatan mereka dan ketenteraman awam adalah terjamin.

Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata anggota polis berada di semua tempat mengundi untuk mengawal, memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kemungkinan ada pihak yang berniat jahat untuk cuba menggagalkan proses pilihan raya umum kali ini.

"Kita bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku kerana kita mempunyai anggota yang mencukupi untuk menghadapi situasi berkenaan. Saya beri jaminan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjamin," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, Selasa.

Beliau menasihatkan pengundi keluar awal, di sebelah pagi, bagi mengelak kemungkinan hujan pada sebelah petang.

Osman turut meminta mereka yang keluar mengundi agar berkongsi kenderaan bagi mengelak kesesakan di tempat mengundi.

"Saya juga nasihatkan pengundi yang balik mengundi ke negeri masing-masing (luar Negeri Sembilan) dan meninggalkan rumah, jika perlu, maklumkan kepada polis kerana anggota polis akan membuat rondaan dan pengawasan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan