Hadi Tidak Pernah Ketepi Agenda Pelaksanaan Hudud – Norman Fernandez

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Norman Fernandez
Norman Fernandez

JOHOR BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering mengulangi pendiriannya untuk melaksanakan hukum Hudud terhadap orang bukan Islam, kata Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez.

Beliau berkata Abdul Hadi pernah membuat deklarasi berkenaan pada 2002 dalam ucapan penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri mengenai Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) di Terengganu.

"Pada 7 Julai 2002, ketika Abdul Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau telah mengisytiharkan apabila tiba masanya, undang-undang hudud dan qisas akan dilaksanakan ke atas orang bukan Islam," kata Fernandez posting di blognya, syedsoutsidethebox.blogspot.com pada lewat malam Sabtu.

Fernandez berkata kenyataan Abdul Hadi itu telah dilaporkan di selurh negara dan tidak pernah dinafikan.

Sebelum ini, Fernandez tampil dengan kejutan apabila dia dilaporkan berkata kepada pengundi bukan Islam di Johor supaya tidak mengundi PAS pada pilihan raya umum kali ini, beliau dipetik sebagai berkata rakyat di negeri itu tidak boleh memperjudikan nasib dan masa depan mereka terhadap parti Islam berkenaan.

Kenyataan itu telah menyebabkan beliau dikritik hebat oleh pemimpin PAS dan DA.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan turut melahirkan pendirian serupa dengan Fernandez, dengan menggesa pengundi menolak PAS sehingga parti itu menolak cadangan untuk melaksanakan negara Islam.

Fernandez turut melahirkan kerisauannya terhadap kenyataan yang dibuat pemimpin PAS, seperti yang dilaporkan oleh portal berita online, Malaysian Times, baha parti itu sedang menimbang cadangan untuk menukar cuti hujung minggu daripada Ahad kepada Jumaat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan