ESSCOM Kenal Pasti Individu Terbabit Dalam Pencerobohan di Sabah

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bahagian Risikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM) telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu pada Februari lepas.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata mereka termasuk orang yang telah lama berada di Sabah.

"Mereka ini akan dipantau," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam persekutuan yang turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, Selasa.

Menurut Mohammad, setakat ini ESSCOM yang bekerjasama dengan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, tidak menerima laporan mengenai ancaman pencerobohan dan serangan pihak luar ke atas Sabah.

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kerjasama daripada agensi dan jabatan kerajaan bagi menyokong usaha ESSCOM dalam menjamin keselamatan di pesisir pantai timur Sabah sepanjang 1,400 kilometer itu.

Katanya untuk peringkat permulaan, mereka melakukan program turun padang di semua 10 daerah di bawah Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi menjelaskan peranan badan itu.

Berkuat kuasa 4 April, Mohammad meneraju ESSCOM dengan dibantu empat pengarah yang masing-masing mengetuai Bahagian Pertahanan; Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDKA); Bahagian Awam; dan Bahagian Risikan Bersama.

Pembentukan ESSCOM diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

ESSCOM meliputi lima daerah iaitu Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) pula merangkumi 10 daerah termasuk lima daerah ESSCOM serta Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan dan Semporna. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan