DAP Yakin PR Tawan 125 Kerusi Parlimen Termasuk 12 Di Johor

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP yakin yang Pakatan Rakyat (PR) berpeluang memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi parlimen di seluruh negara termasuk 12 kerusi parlimen di Johor, demikian menurut penasihat parti itu, Lim Kit Siang pada Selasa.

Malah katanya mereka juga berpeluang merebut setidak-tidaknya 21 kerusi parlimen lagi di Sabah dan Sarawak.

Sasaran PR tegas Kit Siang ialah untuk memenangi 125 daripada 222 kerusi parlimen di seluruh negara untuk memperolehi majoriti mudah dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Daripada jumlah itu katanya, mereka mensasarkan PKR untuk menang di 45 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing menang di 40 buah kerusi lagi.

“Berdasarkan perkiraan ini, tidak ada satu parti pun dalam pakatan yang akan menjadi parti dominan,” ujarnya.

Veteran DAP itu turut mengesahkan laporan akhbar Cina, Nanyang Siang Pau pada Selasa yang menyatakan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan sehingga 10 kerusi parlimen di Negeri Johor sahaja.

Negeri Johor mempunyai 26 kerusi parlimen.

“Sebab itulah pertandingan di Gelang Patah sangat penting untuk Pakatan iaitu sebagai membuka jalan kepada Pakatan Rakyat untuk membuat laluan di Johor," kata Kit Siang pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini pada Selasa.

Kata Kit Siang lagi, berdasarkan perkiraannya, mereka mampu menawan 33 daripada 83 kerusi parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak.

Dalam sidang akhbarnya itu Lim turut menempelak BN dan Umno yang mendakwa dirinya rasis dan menyalahkan DAP atas insiden 13 Mei 1969 di samping mempotretkannya sebagai anti-Melayu, anti-Islam and anti-raja.

“Kenapa perlu gunakan 13 Mei untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia hari ini? Sekarang adalah politik masa depan, apa yang berlaku pada masa lalu itu adalah politik masa silam," katanya lagi.

Lim juga mendakwa, ceramahnya di Pulau Pinang pada malam semalam telah berjaya mengutip dana sebanyak RM230,000.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan