Berhenti Sebar SMS Palsu Atau Sedia Didakwa - SKMM

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa aduan yang diterima mengenai penyebaran SMS palsu.

SKMM turut menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab dan yang menaja aktiviti sedemikian untuk menghentikan aktiviti tersebut dengan segera atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang.

"Hasil daripada pemantauan terhadap aduan yang diterima serta kes-kes yang dirujuk oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada SKMM sejak kebelakangan ini.

"SKMM mendapati jumlah kenyataan yang berniat jahat dan palsu yang tersebar melalui SMS dan media sosial telah meningkat sejak kebelakangan ini.

"Justeru kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenai isu berkenaan atau memanjangkan mesej berkenaan," kata SKMM dalam satu kenyataan pada Selasa.

SKMM turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan