Anwar Akui Bukan Mudah Untuk Turunkan Harga Barang

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan suatu perkara yang mudah bagi kerajaan untuk menurunkan harga barang di negara ini.

Katanya ini berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun.

"Saya (pernah jadi) Menteri Kewangan (selama) lapan tahun, saya tahu bila nak turun harga barang pening kepala nak fikir..." katanya pada ceramah perdana pakatan pembangkang di tapak pasar malam di Ampang Jajar dekat sini malam Selasa.

Dalam pada itu, Anwar menunjukkan yang beliau yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini dan pakatan pembangkang mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat.

Beliau sekali lagi berkongsi angan-angan dengan hadirin yang hadir dengan berkata: "Insya-Allah, kita menang pilihan raya 5 hari bulan, malam (5 Mei), 6 hari bulan (6 Mei) pagi Insya-Allah kita tubuh kerajaan baharu pakatan rakyat.

"7 hari bulan (7 Mei) Insya-Allah kita turunkan harga minyak seluruh negara. Minggu depan, dekat dah ni. Saya pun pening kepala bila nak umum ni... pening, bukan senang".

Kawasan Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Dr Mazlan Ismail dan calon bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan