Tiada Arahan Tidak Benar Pegawai Kerajaan Kerja Lebih Masa - Ali Hamsa

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pegawai kerajaan diminta tidak mempercayai pesanan ringkas (SMS) berhubung arahan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang meminta mereka tidak bekerja lebih masa.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pesanan ringkas itu yang turut mengandungi arahan tidak membenarkan orang sebarangan berada di kawasan pejabat kerajaan, juga adalah tidak benar.

"Saya meminta semua pegawai kerajaan dan orang awam supaya tidak mempercayai khabar angin itu atau dakwaan-dakwaan lain yang tidak berasas dan adalah tidak benar mengenai urusan pentadbiran kerajaan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi SMS, Facebook, Twitter, blog atau medium sosial lain," katanya dalam kenyataan di sini petang Isnin.

Ali berkata pekeliling pentadbiran keselamatan biasanya dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di semua 14 negeri sebagai peringatan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk memastikan keselamatan bangunan, aset kerajaan termasuk menjamin keselamatan pegawai ketika bertugas.

Dalam pada itu, penyebaran pesanan ringkas yang mendakwa pentadbiran kerajaan di Putrajaya mengeluarkan arahan berkenaan berkuatkuasa semalam itu kini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam kenyataannya berkata beberapa aduan berhubung penyebaran SMS palsu itu telah diterima dan meminta pihak yang menaja aktiviti itu supaya segera menghentikan perbuatan tersebut atau bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Menurut SKMM, mereka yang didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali, mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan, kesimpulan atau memanjangkan mesej mengenai isu berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan