Seorang Lagi Pemimpin DAP Gesa Pengundi Tolak PAS

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

S.Neelamekan
S.Neelamekan

ALOR SETAR: Seorang lagi pemimpin DAP menggesa pengundi menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini sehingga parti itu meninggalkan cita-citanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan berkata Perlembangaan Persekutuan telah menjelaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular, sambil menambah cadangan tidak henti-henti mengenai pelaksanaan undang-undang hudud ‘sangat menganggu’ masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata PAS sangat konsisten dan mendesak dalam melaksanakan undang-undang berkenaan yang disifatkannya, ‘sangat berbahaya’ kepada Malaysia.

"Satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah tidak menyokong PAS,” kata Neelamekan.

"Saya tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli DAP dan rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak mendapat undi kita,” katanya.

Neelamekan, yang juga Ketua DAP bahagian Lunas bagaimanapun membuat kenyataan tersebut sebagai pandangan peribadinya.

Beliau menegaskan ia bertentangan dengan suara hatinya jika dia tidak bercakap mengenai penentangannya dalam isu berkenaan.

Pada Sabtu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez turut menyatakan pendirian yang hampir serupa, beliau dilaporkan berkata masyarakat bukan Islam sepatutnya menilai risiko yang akan berlaku sekiranya mereka mengundi PAS.

Beliau dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor sepatutnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum mereka mahu mengundi PAS.

Neelamekan berkata beliau terpaksa membuat kenyataan sedemikian kerana dia tidak mahu membuat persepsi hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Sebagai pemimpin DAP, jika kita tidak menyatakan pendirian kita, ia akan memberi persepsi bahawa kita menyokong pendirian PAS," katanya.

Neelamekan berkata bekerjasama dengan PAS di Kedah sangat mengecewakan kerana banyak isu yang bertentangan dengan kerangka kerja Pakatan Rakyat. Beliau turut memberikan contoh pengharaman yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah termasuk penutupan rumah penyembelihan dan larangan artis wanita membuat persembahan di pusat beli belah pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Justeru, Neelamekan yang telah 27 menyertai DAP menggesa semua pihak menilai semula jalinan kerjasama dengan PAS.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan