Rakyat Hanya Undang Padah Jika Terus Bereksperimen Pada PRU-13 - Hasan Ali

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rakyat sengaja mengundang padah kepada negara serta masa depan mereka jika masih mahu bereksperimen dan memilih pakatan rapuh pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini, kata Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata lebih 27 juta rakyat Malaysia bergantung harapan kepada kerajaan yang dipilih untuk mengekalkan kemakmuran negara dan adalah sesuatu yang langsung tidak rasional bagi rakyat Malaysia untuk meletakkan harapan itu kepada sebuah pakatan yang boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.

"Pakatan yang diketuai Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) itu tidak ada ideologi serta objektif yang serupa dalam memacu negara, juga untuk membela nasib rakyat, apa yang menyatukan mereka hanyalah 'mimpi siang hari' untuk melangkah ke Putrajaya.

"DAP dengan ideologi Malaysian-Malaysia, PKR nak letak Anwar jadi perdana menteri dan PAS dulu mahu tegakkan Islam terutama hudud tetapi dicemar Anwar. Bila setiap ideologi ini mencengkam kepimpinan parti, semua jadi caca marba," katanya kepada Bernama.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata kerapuhan ini bertambah buruk apabila setiap pemimpin parti itu mempunyai pendapat bercanggah antara satu sama lain seperti isu hudud dan ditambah suara akar umbi yang mahukan sesuatu yang berbeza daripada keputusan pimpinan pakatan itu dan akhirnya semua menjadi huru-hara.

Hasan berkata bukti jelas dan terkini tentang kerapuhan pakatan pembangkang boleh dilihat melalui masalah pembahagian kerusi pada PRU13 antaranya kerusi dewan undangan negeri Sungai Acheh apabila PAS dan PKR masing-masing menamakan calon mereka.

"Sememangnya dalam sebuah kesepakatan itu ada kelemahannya tetapi kelemahan itu menjadi kekuatan apabila ia dibincangkan secara bersama dan mencari jalan terbaik menyelesaikannya.

"Ini tidak terjadi kepada pembangkang sehingga terjadi pertelingkahan antaranya perebutan kerusi itu," katanya.

Hasan berkata kepincangan pembangkang dari segi moral dan akidah terutama membabitkan barisan kepimpinannya telah menunjukkan kerapuhan pakatan itu untuk mempertahan Islam, membela nasib bangsa Melayu dan menjunjung institusi Raja di negara ini.

"Di mana rasionalnya menyuruh rakyat menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada pakatan pembangkang yang memperlekeh usaha mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja. "Isu kalimah Allah; negara Islam dan hukum hudud digugurkan; fahaman liberalisme mahu dijadikan asas negara; dan fahaman pluralisme akan dijadikan asas beragama, adalah bukti yang terang nyata pembangkang memperlekeh semua ini," katanya.

Hasan menegaskan bahawa menjadi suatu kemestian kepada rakyat memilih sebuah pakatan yang terbukti kukuh mentadbir negara sejak merdeka seperti Barisan Nasional (BN).

"Katakan tidak sama sekali dalam bereksperimen dalam hal ini kerana impak kesilapan memilih pemimpin akan dirasai sehingga generasi akan datang. Malah menjadi perkara wajib bagi mereka yang beragama Islam memilih pakatan yang mampu memperjuang serta mempertahan Islam di negara ini.

"Juga menjadi perkara yang mesti dilakukan kepada orang Melayu memilih pakatan yang memperjuang nasib bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja di negara ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan