Raja Nong Chik Bentang 'Kad Laporan Lembah Pantai'

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Isnin membentangkan 'Kad Laporan Lembah Pantai' yang menyenaraikan lebih 630 pencapaian sepanjang empat tahun lepas, berkhidmat untuk penduduk kawasan itu.

Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata kad laporan itu merupakan bukti komitmen beliau terhadap penduduk di Parlimen Lembah Pantai.

"Saya yakin dan percaya Kad Laporan ini lebih bermakna daripada ceramah orang luar yang tidak tahu dan tidak peduli tentang kehidupan warga Lembah Pantai," katanya sambil berjanji akan terus menyelesaikan masalah di kawasan itu jika penduduk memberi mandat kepada BN.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Nafeesah Raja Nong Chik dan anaknya Raja Hamzah, membentangkan kad laporan itu di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di Bangsar di sini malam Isnin.

Raja Nong Chik berkata pelantikannya sebagai menteri kabinet pada 2009 banyak membantu beliau melaksanakan pelbagai usaha bagi kesejahteraan penduduk kawasan berkenaan.

Antaranya ialah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia, Skim Keselamatan 1Wilayah bagi membantu penduduk memerangi jenayah termasuk meningkatkan rondaan polis, mewujudkan 'police box' di kawasan strategik, makmal jenayah, 'War Against Crime' dan rondaan anggota Rela.

"Kad Laporan ini tidak mungkin dapat memuatkan semua perjuangan saya sejak berdekad lalu, tetapi anggaplah ia sebagai titik penerusan bagi perjalanan kita bersama," katanya.

Ketika ditemui pemberita kemudian, beliau berkata kad laporan dalam bentuk buku setebal 72 muka surat itu akan diedarkan kepada lebih 72,000 pengundi Lembah Pantai.

Pada pilihan raya umum 5 Mei ini, Nong Chik akan menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan penyandang kerusi itu Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR dan calon Bebas Rusli Baba.

Parlimen Lembah Pantai mempunyai 71,739 pengundi, termasuk 2,242 pengundi pos dengan 2,167 merupakan anggota polis, tentera (38) dan pengundi luar negara (37). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan