Pengundi Diminta Tidak Terpedaya Demonstrasi Dakwat - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi menegaskan kepada semua jentera parti untuk memaklumkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan helah demonstrasi mengenakan dakwat kekal di jari pengundi.

Beliau berkata, ketua wanita, jentera parti dan rakyat diminta supaya berhati-hati kerana demonstrasi itu didakwa kemungkinan adalah angkara pembangkang.

"Sebab mereka (pembangkang) dah tahu ada kebangkitan semula rakyat Malaysia menyokong (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan BN.

"Jadi, mereka khuatir dan mereka dah tahu mana yang akan sokong (BN). Mereka akan masuk ke rumah dan berpura-pura hendak buat demonstrasi cat (dakwat) kepada semua terutama warga emas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan jentera Wanita BN Parlimen Tumpat di Kampung Laut dekat sini, Isnin.

Turut hadir ialah calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Nik Noriza Nik Salleh dan Ketua Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamad.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan parti pembangkang cuba membuat demonstrasi kepada kaum wanita berhubung kaedah mencalit dakwat di jari yang akan menyebabkan pertikaian hak pengundi pada hari pengundian 5 Mei ini.

Shahrizat, apabila hari mengundi, pengundi berkenaan akan dipertikaikan sama boleh mengundi atau tidak.

"Jadi, saya dah minta jentera wanita supaya berhati-hati dan memaklumkan kepada pengundi setempat bahawa ini mungkin angkara pembangkang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, beliau yakin dengan dua calon wanita yang mewakili BN bagi DUN Pasir Pekan, Nik Noriza Nik Salleh dan DUN Kemahang, Dayang Saniah Awang Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Shahrizat berkata, beliau yakin Nik Noriza yang mesra dengan panggilan 'Kak Chik' mampu berdepan dengan penyandang kerusi DUN itu, Datuk Ahmad Yakob yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

"Kak Chik adalah calon muka baru yang berpengalaman, berpendidikan, datang daripada keluarga yang baik dan diterima oleh semua masyarakat tempatan.

"Dan saya percaya walaupun pencabar beliau adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan tetapi jangan hairan kalau Barisan Nasional melalui Kak Chik akan dapat tawan kerusi di sini (DUN Pasir Pekan)," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan