Pembangkang Guna Bekas Pengurus Pengaruhi Peneroka Felda

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Peneroka Felda dinasihatkan tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang menggunakan bekas pengurus Felda bagi memburuk-burukan organisasi itu dan membenci kerajaan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa berkata, pembangkang sedang giat mempengaruhi keyakinan orang ramai terhadap Felda secara tidak langsung mengelirukan peneroka terutama isu-isu yang berkaitan tanah rancangan.

"Mereka serang Felda dengan bermacam-macam isu tidak benar. Apa sahaja perkembangan di Felda akan dijadikan isu sebagai contoh kejatuhan harga sawit, pembangkang menyalahkan kerajaan sedangkan harga sawit bergantung kepada pasaran dunia.

"Pembangkang tahu Felda menjadi tumpuan (kerajaan) dan untuk itu mereka sedang mencari pengurus-pengurus Felda pencen untuk tolong mereka, sampai ke tahap itu digunakan (bekas pengurus Felda)," katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Wilayah Segamat di Dewanraya Felda Pemanis 1, dekat sini, Isnin.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Jempol berkata, warga peneroka perlu menolak pembangkang kerana hanya membawa perpecahan dan mereka tidak mampu bersatu dalam banyak perkara.

Jelas Isa, contoh terbaru adalah pencalonan wakil PAS, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang pernah popular sekitar 90-an di Parlimen Jempol amat bertentangan dengan 'fatwa' pernah dikeluarkan PAS iaitu suara wanita termasuk dalam aurat dan dihukumkan haram.

"PAS kata suara itu aurat, sebab tu dia haramkan penyertaan wanita dalam pertandingan musabaqah. Tapi suara Aishah ketika berceramah macamana? Lawan saya ialah Aishah, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu. Kalau macam tu saya nak cipta lagu bertajuk Janji Ditepati," katanya.

Tegasnya, setiap fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersandarkan al-Quran, hadis serta ijmak ulama dengan perkenan Yang Dipertuan Agong dan bukan dikeluarkan individu seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempunyai kepentingan sendiri untuk partinya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PGBF yang dilancarkan hari ini di wilayah Segamat dan Johor Baru melibatkan 4,840 unit akan dibina bagi meningkat taraf sosial, ekonomi dan membantu dalam pembangunan bandar setempat.

Daripada jumlah tersebut katanya, 1,920 akan dibina di wilayah Segamat antaranya melibatkan Felda di Pemanis 1 dan 3, Medoi, Kemelah, Palong Timur 1,2, dan 3, Tenang, Redong, Bukit Senggeh, Kemendor, Macap, Sri Ledang, Menggong dan Bukit Serampang.

Semetara selebihnya 2,920 unit PGBF akan dibina dalam wilayah Johor Bahru antaranya Felda di Air Tawar 1,2,3,4 dan 5, Pasak, Semenchu, Aping Barat, Aping Timur, Tenggaroh 1,2,3,4,5,6 dan 7, Sungai Sibol dan Bukit Ramun.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan