Patuhi Jadual Waktu Perjalanan Ketika Pulang Mengundi - Plus

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-13(PRU13) dinasihatkan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus).

TTA yang selama ini dikeluarkan ketika musim cuti perayaan didapati berjaya mengurangkan kesesakan, dan diharapkan orang ramai yang akan menggunakan lebuh raya Plus pada 4 dan 5 Mei ini mematuhi TTA yang dikeluarkan, kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi dalam kenyataan pada Isnin.

Sebanyak 1.3 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari menjelang PRU13 dan jumlah itu merupakan peningkatan 20 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan