PAS, DAP Akui Wujud Perbezaan Konsep Dalam Kerjasama

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: PAS dan DAP mengakui wujud perbezaan konsep dalam dasar kerjasama kedua-dua parti, namun ini tidak menghalang mereka daripada terus bekerjasama.

Menurut kenyataan bersama PAS dan DAP yang diedar kepada media pada majlis kenduri rakyat di Markas Pilihan Raya Pemuda PAS Parlimen Arau dekat sini pada Isnin, perbezaan itu hanyalah sebanyak lima peratus.

Kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng itu menyebut kedua-dua parti mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus bagi menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.

Abdul Hadi turut hadir pada majlis itu namun wakil DAP tidak kelihatan.

Kenyataan itu juga menyebut PAS berhak memperjuang akidah dan konsep negara Islam manakala DAP berhak memperjuang negara berpelembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin berkata perbezaan lima peratus antara kedua-dua parti itu mungkin disebabkan isu hudud, kalimah Allah serta penubuhan negara Islam.

"Dalam isu lain, kami bersepakat. PAS boleh berjuang sendiri untuk menegakkan hukum hudud itu walaupun DAP tidak suka," katanya.

Beliau berkata terdapat juga isu yang tidak dipersetujui oleh anggota bawahan, namun terpaksa akur dengan keputusan pucuk pimpinan PAS.

Bagaimanapun, Hashim tidak menjelaskan dengan lebih lanjut isu yang tidak dipersetujui anggota bawahan itu.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez, yang meminta bukan Islam usah mengundi PAS, Hashim berkata perkara itu sepatutnya dibincang dengan pucuk pimpinan sebelum pemimpin berkenaan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan