Parti Politik, Penyokong, Jurukempen Digesa Pastikan PRU-13 Tidak Dicemari Keganasan

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye

KUCHING: Semua parti politik, jurukempen, penyokong parti dan pemilih perlu memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung secara aman untuk membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang matang, kata naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee, yang juga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, berkata walaupun terdapat beberapa kejadian buruk sebelum ini, namun semua pihak masih boleh memainkan peranan masing-masing untuk mencegah tercetusnya sebarang keganasan politik mulai sekarang hingga hari mengundi pada 5 Mei untuk mengekalkan rekod baik Malaysia dalam mengendalikan pilihan raya seperti sebelum ini.

"Marilah kita tanamkan keazaman dalam diri masing-masing untuk memastikan pilihan raya umum kali ini berjalan lancar dan bebas daripada keganasan agar para pemilih dapat keluar mengundi untuk menunaikan hak demokrasi mereka bagi menentukan masa depan negara kita.

"Sebagai sebuah demokrasi yang semakin matang, calon daripada kedua-dua belah pihak sepatutnya mampu bersikap matang apabila berkempen pada PRU13 dan memastikan tidak berlaku sebarang keganasan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata tidak syak lagi, PRU13 bukan sahaja akan menjadi tumpuan semua rakyat Malaysia, tetapi juga negara luar sebagai sebuah pilihan raya penting dalam sejarah negara ini.

Oleh itu, kata Lee, pasukan polis, yang berperanan penting dalam memastikan PRU13 berjalan secara lancar dan aman, perlu meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat ceramah untuk mengelak berulangnya kejadian letupan di tapak ceramah seperti yang dialami sebuah parti politik baru-baru ini, yang mengakibatkan seorang pekerja dan penyokongnya cedera.

Beliau berkata pemilih tidak sepatutnya tawar hati untuk mengundi berikutan beberapa kejadian terpencil yang mencemarkan kempen pilihan raya baru-baru ini.

Memenangi pilihan raya dan menubuhkan kerajaan adalah suatu perkara, tetapi perkara lebih penting ialah rakyat ingin melihat calon yang menang merupakan individu yang berintegriti serta mampu memenuhi harapan dan amanah mereka, di samping memastikan integriti dan peraduan kaum terus terpelihara di negara ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan