Noh Cabar Pembangkang Umum Nilai Harga Minyak Yang Akan Diturunkan

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada Isni mencabar pakatan pembangkang untuk mengumumkan nilai harga minyak yang akan diturunkan jika berjaya mentadbir negara.

Beliau berkata dalam manifesto pembangkang, mereka hanya menyebut akan menurunkan harga minyak namun tidak pernah menyebut jumlah yang akan diturunkan.

"Dalam manifesto pembangkang dia kata kalau pakatan menang, dia hendak turunkan harga minyak tapi kita hendak tahu berapa harga minyak yang hendak diturunkan.

"Adakah dia ada umumkan? berapa? Ini menunjukan mereka terus hendak menipu rakyat kerana dia tidak bagi tahu berapa nilai penurunanya. Sama ada percuma atau pun hendak bagi turun 50 sen," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama rakyat di sini Isnin.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata pakatan pembangkang perlu menyatakan jumlah yang akan diturunkan bagi membolehkan pengiraan dibuat untuk melihat kos yang perlu ditanggung kerajaan.

"Kalau betul pakatan pembangkang hendak turunkan harga minyak untuk 28 juta penduduk Malaysia, berapa sen dia hendak turunkan dan kementerian boleh tolong kira berapa yang mereka akan belanja, sebab kita ada pengalaman mengenai perkara ini," katanya.

Katanya kerajaan telah memberi subsidi minyak kepada nelayan di mana mereka boleh membeli bahan itu untuk tujuan operasi menangkap ikan pada kadar RM1.25 berbanding harga industri sebanyak RM1.85 iaitu dengan subsidi sebanyak 60 sen.

"Bagi tujuan tersebut kerajaan telah membelanjakan RM600 juta setahun bagi memberi kemudahan kepada 60,000 nelayan di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan