Najib Gembira Proses Undi Pos Berjalan Lancar

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak puas hati proses pengundian pos berjalan lancar apabila lebih 50 peratus rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi pos sudah mengundi.

"(Saya) gembira melihat pengenalan kita kepada pengundian pos di luar negara berjalan lancar, (memandangkan) lebih 50 peratus undi pos telah dilakukan untuk pilihan raya umum ke-13," katanya dalam tweet terbarunya pada Isnin.

Buat pertama kali, Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenal undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk pilihan raya umum.

Pengundian secara pos di luar negara dijalankan semalam (28 April) menyaksikan lebih 50 peratus rakyat Malaysia mengundi di beberapa negara termasuk Australia, India, United Kingdom, New Zealand dan China.

Sebanyak 6,339 pengundi pos boleh mengundi di 103 perwakilan negara di seluruh dunia.

Pengundian secara pos meliputi semua negara kecuali rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan di Indonesia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan