Momentum BN Kian Memuncak Menjelang Hari Pengundian

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat Barisan Nasional (BN) kini semakin memuncak menjelang hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini berikutan peningkatan sokongan yang diterimanya dari peringkat akar umbi.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pertama kali menerajui parti gabungan itu pada pilihan raya umum sebagai Perdana Menteri, berkata momentum jentera kempen pilihan raya BN semakin meningkat di seluruh negara.

Ini berbeza dengan pembangkang yang nampaknya saling bercanggah pendapat dalam soal pokok dan utama, dan ini merupakan petanda mereka mempunyai satu pakatan yang terlalu rapuh serta tidak berdaya maju.

"Mereka cuba menutup perbalahan ideologi dengan memberi tumpuan untuk mengalahkan BN sahaja pada pilihan raya kali ini, keadaan ini amat berbahaya. Jika kita ingin kendalikan sebuah kerajaan, kita perlu kerjasama yang kukuh," kata Najib, yang juga Pengerusi BN, selepas menghadiri perhimpunan bersama rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas di Johor pada Isnin.

Johor, yang merupakan kubu kuat BN, menjadi sasaran pembangkang sebagai medan pertempuran menyaksikan pertandingan satu lawan satu di Parlimen Gelang Patah antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Najib melahirkan keyakinan bahawa menerusi 'Cara Johor' yang penuh dengan amalan kesederhanaan serta kejayaan Abdul Ghani melaksanakan dasar inklusif berkaitan isu sekolah Cina, negeri itu mampu kekal sebagai kubu kuat BN.

Sebagai rangsangan untuk Najib dan agenda transformasi beliau yang dimulakannya empat tahun lepas sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dalam tinjauan ekonomi serantau di Asia dan Pasifik, berkata Malaysia dan China berada di kedudukan tertinggi indeks bagi mengukur kekukuhan institusi di kalangan negara membangun Asia.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pula berkata Malaysia kini di landasan untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar antara lima dan enam peratus pada tahun ini, yang dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta aliran masuk pelaburan meskipun berlaku kelembapan di China.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menjelajah seluruh negara untuk berkempen, berkata terdapat peningkatan sokongan di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Cina berbanding seminggu lepas, dan beliau menggesa jentera parti bekerja lebih kuat.

"Saya dah pergi hampir ke semua negeri, saya lihat respons positif daripada usaha kempen yang kita buat kerana mendapat sokongan yang begitu jelas daripada pengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Wen Hua di Melaka.

Pada majlis perjumpaan dan sarapan bersama hampir 1,000 warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, Muhyidin berharap proses PRU13 berjalan lancar tanpa sebarang ancaman daripada pihak tertentu terhadap pengundi.

Tempoh menjelang PRU13 dicemari beberapa insiden kes khianat yang disebabkan bahan letupan dan keganasan fizikal.

Selepas pengundian pos di luar negara dilaksana buat pertama kali semalam, pengundian awal untuk 272,387 anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing akan bermula pada 8 pagi esok di 544 pusat mengundi.

Buat pertama kalinya, dakwat kekal akan dicalit pada jari telunjuk kiri pengundi sebelum mereka membuang undi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kamaruddin Mohamed Baria berkata warna dakwat adalah berbeza dengan yang akan digunakan pada hari pengundian Ahad ini.

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) juga mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk mereka yang bercadang pulang mengundi kerana menjangka sebanyak 1.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan