Kerusi Parlimen Gelang Patah Dikembalikan Kepada MCA Pada PRU-14: Najib

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerusi Parlimen Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kerusi tersebut sentiasa menjadi milik MCA dan akan dikembalikan kepada parti komponen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ia hanya sementara. Ia hanya TOL selama lima setahun," katanya ketika berucap pada majlis makan malam dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di Kolej Universiti Southern di sini, malam Isnin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan