Kerajaan Timbang Perkenal Insurans Khas Untuk Anggota Penguatkuasa

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menandatangani plak perasmian Pusat Khidmat Malaysia Healthcare Travel Council di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Isnin. Turut sama Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council, Dr Mary Wong Lai Lin (kanan).-Foto BERNAMA

SEPANG: Kerajaan akan menimbang untuk mewujudkan skim insurans khas bagi melindungi penjawat awam yang bertugas sebagai penguatkuasa, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata pada perjumpaan dengan wakil jabatan penguatkuasaan baru-baru ini, mereka membangkitkan mengenai perlunya insurans khas diwujudkan untuk penjawat awam, khususnya yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang.

"Perkara itu akan dibincangkan secara lebih mendalam dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan dan lain-lain agensi berkaitan. "Perkara itu masih dalam pertimbangan, Insya-Allah kita akan bincangkan untuk melihat mekanisme terbaik cara melaksanakan," katanya kepada pemberita. sebelum melancarkan pusat khidmat kesihatan sehenti Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Isnin.

Ali berkata langkah itu diharap dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada penguatkuasa untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

Pada masa ini jika berlaku kematian membabitkan pegawai penguatkuasa ketika bertugas, waris akan menerima pembayaran termasuk pencen dan pampasan.

Jika skim insurans itu dilaksanakan, kira-kira 400,000 anggota penguatkuasaan akan memperoleh manfaatnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan