Kerajaan BN Tidak Sekat Perkembangan SJK

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin berkata sistem pendidikan di Malaysia ialah suatu yang luar biasa kerana semua sekolah diberi perhatian sama rata, tiada sekolah yang dianaktirikan, sebaliknya diberikan pelbagai bantuan untuk memajukan sekolah dan guru.

Timbalan perdana menteri berkata sebagai contoh kerajaan memperuntuk sejumlah RM1.8 bilion untuk membayar gaji guru di SJK (C) dan RM600 juta di SJK (T) di seluruh negara setiap tahun.

"Sebahagian besar daripada lebih 39,000 guru-guru yang ada di SJK (C) ialah guru yang gajinya dibayar oleh pihak kerajaan malahan pembayaran pengurusan lain termasuk bil api dan air sekolah juga ditanggung sebahagian besarnya oleh pihak Kementerian Pelajaran," katanya ketika berucap merasmikan projek pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Wen Hua di sini Isnin.

Justeru katanya rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan BN tidak berlaku adil terhadap sekolah-sekolah berkenaan.

"Di Malaysia tidak ada satu pun sekolah jenis kebangsaan yang kita tutup dari dulu sampai hari ini, saya sebut begitu kerana pada pilihan raya ini pembangkang cuba hendak mempengaruhi dengan mengatakan kerajaan BN tidak adil, menganaktirikan sekolah ini...saya sebagai menteri pelajaran menafikan perkara ini," katanya.

Muhyiddin mengulangi kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menghalang atau menyekat perkembangan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini kerana sedar mengenai kepentingan sekolah-sekolah itu dalam kemajuan pendidikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Walaupun ada dasar yang memberikan perhatian pada sekolah kebangsaan, tetapi kita tidak menyekat atau menghalang masyarakat kaum tertentu seperti Cina dan India meneruskan usaha mereka memajukan sekolah jenis kebangsaan ini.

"Masyarakat Tionghua dan India juga seperti masyarakat Melayu, mereka mahu supaya anak-anak mereka tahu tentang budaya dan bahasa ibunda sendiri," katanya.

Jejantas bernilai RM1.016 juta itu bakal memudahkan murid SJK (C) Wen Hua dan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam melintas jalan dan mengelak risiko kemalangan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan