Fernandez Label Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kayat ‘Fanatik Agama’

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Norman Fernandez
Norman Fernandez

JOHOR BARU: Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang sebelum ini menggesa pengundi menolak PAS, sekali lagi melontarkan kata-kata pedas apabila melabelkan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat sebagai 'fanatik agama'.

Beliau mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklrasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

"Fanatik agama ini menjadi calon PAS di kerusi campuran di Simpang Renggam dan Kempas, yang mana beliau akan memperoleh undi daripada orang bukan Islam," katanya dalam sebuah artikel yang dimuatnaik di syedoutsidethebox.blogspot.com pada Sabtu.

Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor pernah bertanding dan tewas di kerusi Parlimen Parit Sulong pada 2004 dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kempas pada 2008.

Beliau juga merupakan antara pemimpin lantang menyokong sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Fernandez berkata PAS Johor sehingga kini masih membisu untuk membuat kenyataan sama ada mereka menyokong pelaksanaan hudud di Johor serta mengubah cuti hujung minggu daripada Ahad kepada Jumaat.

Ketika dihubungi di Petaling Jaya, Suhaizan bagaimanapun enggan menghiraukan kenyataan Fernandez sebaliknya beliau berkata ia merupakan ‘cerita lama’.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan