Calon PAS Parlimen Kuala Kangsar Nafi Terkena Sihir

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Khalil Idham Lim
Khalil Idham Lim

IPOH: Calon PAS, Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), bagi Parlimen Kuala Kangsar, Khalil Idham Lim menafikan dakwaan beliau mempunyai masalah kesihatan.

Katanya, berita bahawa beliau sedang sakit dan sedang berubat akibat terkena sihir juga adalah khabar angin dan disifatkan sebagai tidak berasas.

"Sesungguhnya saya Alhamdulillah pada masa ini diberikan kesihatan yang baik.

"Saya menafikan sebarang khabar angin yang mengaitkan dengan saya terkena sihir dan sedang berubat. Berita itu sama sekali tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau menasihatkan pihak-pihak tertentu supaya memastikan terlebih dahulu mengenai perkara ini sebelum menyebarkannya.

Dalam pada itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong ini berkata beliau melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif.

"Saya memandang positif mengenai berita tersebut dan ia menandakan pengundi di Parlimen Kuala Kangsar ambil peduli dan cakna atas kehadiran saya sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berharap dengan penafian ini seluruh petugas PAS dan Pakatan Rakyat menumpukan sepenuh tenaga bagi memanfaatkan masa kempen yang berbaki.

Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu membabitkan Khalil Idham Lim (PAS), Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad (Barisan Nasional) dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan