Calon BN Bukit Gelugor Ikut Jejak Ayah Berbakti Pada Masyarakat

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teh Beng Yeam
Teh Beng Yeam

GEORGE TOWN: Peribahasa "ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi" sesuai untuk menggambarkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bukit Gelugor Teh Beng Yeam yang minat dengan aktiviti kebajikan seperti bapanya.

Berpegang kepada prinsip mahu membantu mereka yang memerlukan, Teh berkata beliau memilih untuk bertanding di peringkat parlimen kerana mahu membantu orang ramai dalam kapasiti lebih besar.

"Saya boleh bantu 10 orang dengan senang. Tetapi untuk membantu 10,000 orang secara efektif saya perlu menjadi wakil rakyat di kawasan ini. Dengan itu, mudah untuk saya kemukakan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan ini kepada kerajaan," katanya kepada Bernama di sini.

Bapanya Datuk Teh Cheng Lim ialah seorang aktivis sosial yang memimpin beberapa pertubuhan sukarela di negeri ini.

Kata Teh, pengaruh bapa terhadap dirinya amat besar dan sehingga sekarang walaupun sudah berusia 82 tahun, bapanya masih aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Teh, 45, yang juga seorang peguam berdepan orang kuat DAP Karpal Singh. Pada pilihan raya 2008, Karpal mengalahkan calon BN Koay Kar Huah dengan majoriti 21,015 undi.

Teh berkata sudah tiba masanya pengundi kawasan parlimen itu memilih B Nkerana wujud pelbagai masalah di situ yang tertunggak sejak lima tahun lepas. "Saya nampak ketidakseimbangan dari segi pendapatan dan taraf pendidikan penduduk di kawasan ini. Mengapa dalam satu kawasan tertentu ada ketidakseimbangan.

"Di Paya Terubung contohnya, terlalu sesak, kepadatan penduduk juga tinggi. Masalah rumah pangsa mengapa berlanjutan melebihi lima tahun," katanya.

Menurut Teh, masalah di kawasan itu memerlukan perancangan yang menyeluruh dan hanya boleh dilakukan jika diwakili seorang yang komited untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan sibuk berpolitik.

Katanya beliau juga tidak gentar menghadapi populariti Karpal.

"Populariti Karpal di Bukit Gelugor memang tinggi. Tapi itu bukan sesuatu yang ganjil. Beliau pun pernah melalui masa muda, beliau tidak dikenali oleh orang lain dan mengharungi rintangan tertentu. Ini adalah perjalanan yang sama sebelum mereka menjadi popular," katanya.

Teh berkata Karpal akan menjadi lebih bagus dan dihormati jika memberi peluang kepada orang muda untuk menggantikan tempatnya. "Saya serahkan kepada pengundi untuk buat satu keputusan atas hak mereka sebagai pengundi di Bukit Gelugor." -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan