Bekas KPN, Hashim Gesa Agensi Berkaitan Jamin Keganasan Politik Tidak Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Md Hashim Hussein dan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menggesa semua agensi berkaitan untuk memastikan keganasan politik tidak bertambah buruk sebelum dan selepas pilihan raya umum pada 5 Mei ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, mereka menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan keganasan yang berlaku sejak beberapa minggu ini.

"Bahan letupan, Molotov cocktail, membakar, penggunaan parang dan batang besi adalah tidak pernah berlaku pada kempen pilihan raya di Malaysia sebelum ini.

"Kami khuatir bahawa kenyataan secara terbuka Menteri Dalam Negeri mengenai insiden ini yang akan bertambah buruk lebih sebulan lalu, dalam apa yang kami anggap sebagai keganasan politik dan insiden tersebut telah berlaku.

"Bagaimanapun, kami memuji pasukan polis, terutama pasukan polis Pulau Pinang kerana mengambil tindakan pantas untuk menghalang lebih banyak insiden keganasan dan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat insiden tersebut," kata Hashim.

Hashim berkata, mengenai jemputan beliau, Musa bersetuju untuk menyertai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat.

"Sebagai individu yang menghabiskan sebahagian hidup kami untuk melindungi dan berkhidmat terhadap rakyat bagi memastikan keamanan dan keselamatan di negara ini, kami ingin tegaskan bahawa keganasan politik tidak mendapat tempat dalam proses demokrasi kita.

"Pilihan raya bukan saja bebas dan adil; ia juga harus dilaksanakan secara aman dan dengan cara teratur," katanya.

Beliau berkata, majlis tersebut ditubuhkan untuk membantu dan menyokong proses tersebut, memberi nasihat mengenai perkara berkaitan keselamatan negara dan untuk menyelesaikan sebarang konflik yang timbul bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar, aman dan teratur selain menjamin dan mempromosikan amalan demokrasi.

"Kami juga membincangkan usaha Pakatan Rakyat untuk memperbaiki pasukan polis dan tentera di Malaysia termasuk peruntukan RM500 juta untuk tabung usahawan kecil veteran tentera, menaikkan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (AFFB) dan dividen askar sebagai ganjaran kepada veteran tidak berpencen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan