Bekas ADUN PKR Letak Jawatan Parti

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

S. Manikumar
S. Manikumar

KUALA LUMPUR: Konflik dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu pemilihan calon pilihan raya dilihat belum berkesudahan apabila bekas penyandang kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Manikumar mengumumkan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Mengakui kecewa apabila tidak dipilih semula bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Manikumar turut mempersoalkan alasan mengapa beliau ditolak sebagai calon.

Sehubungan itu Manikumar menghantar surat peletakan jawatannya pada Isnin yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Bagaimanapun Manikumar menegaskan beliau kekal sebagai ahli PKR.

"Peletakan jawatan ini disebabkan saya amat berdukacita dan kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri (Dr Wan Azizah) yang tidak telus menjalankan tugas sebagai presiden.

"Saya merasakan segala usaha dan kesetiaan yang ditaburkan kepada parti tidak dihargai oleh pimpinan atasan," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Isnin.

Sebelum meletakkan jawatan, Manikumar merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Naib Pengerusi III Majlis Pimpinan Negeri Kedah serta Timbalan Ketua Cabang Merbok.

Manikumar turut dilantik sebagai Exco Kedah selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pada 2009.

Bagaimanapun bagi PRU-13, PKR menggugurkan Manikumar dalam senarai calon apabila menamakan calon muka baru, Dr R. Krishnamoorthy sebagai wakil mereka.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan