Agihan Permit Teksi Individu Dijangka Selesai Mei Ini - Syed Hamid

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengagihan permit teksi individu kepada pemohon yang layak dijangka selesai Mei ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata lebih 12,000 permohonan diterima bagi 1,000 permit yang ditawarkan, menyebabkan setiap permohonan diproses dengan teliti untuk memastikan hanya individu yang layak sahaja mendapat permit ini.

Antara kriteria yang dinilai SPAD ialah sama ada pemohon mempunyai rekod jenayah atau kesalahan trafik serius selain disiplin.

Penerima permit diminta tidak menyalahgunakannya atau berdepan risiko permit ditarik balik, kata Syed Hamid ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran kelulusan permit individu kepada 300 pemandu teksi di sini, Isnin.

"Yang terima permit ini ada keistimewaan. Saya tak nak sesiapa pergi kepada syarikat-syarikat teksi dan jual (permit) teksi kepada mereka. Saya nak lihat Teks1M (Teksi 1Malaysia) jadi penanda aras kepada perkhidmatan teksi di seluruh dunia, malah lebih baik daripada teksi London Black Cab," katanya.

Syed Hamid turut kecewa kerana kurangnya pemohon wanita kerana SPAD menguntukkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan permit untuk pemandu teksi wanita.

Seorang penerima, Rasidin Kamari, 49, yang berpengalaman memandu teksi selama 15 tahun, menyifatkan pemberian permit ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib pemandu teksi.

"Kalau bawa teksi syarikat, kena bayar lebih kurang RM1,000 kepada mereka setiap bulan berbanding teksi sendiri, tak sampai banyak tu," katanya.

Lim Chan Seng, 51, pula berterima kasih kerana kerajaan menunaikan janjinya memandangkan dengan pemberian permit itu, beliau tidak lagi risau tentang membayar sewa bulanan kepada syarikat.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian permit individu sebagai satu langkah memartabatkan industri teksi negara yang dilaksanakan SPAD melalui program Transformasi Industri Teksi.

Semua penerima permit akan menggunakan teksi baharu Proton Exora serta geran RM5,000 dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bantuan pinjaman kewangan dari Bank Simpanan Nasional (BSN). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan