Usaha Terakhir Raih Undi Bermula

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan raya paling sengit negara kini memasuki peringkat pertengahan kempen selepas menempuh minggu kurang menyenangkan bagi pengundi yang tidak biasa berdepan keganasan bom api, selain kenyataan PAS yang mengulangi pendirian parti itu untuk melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berkuasa.

Ketika usaha terakhir bagi meraih undi bermula, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meminta rakyat membuat penilaian bijak antara transformasi yang dilakukan kerajaan dan janji yang gagal dilaksana kerajaan negeri pakatan pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

"Transformasi tidak merujuk kepada angka besar saja, saya tidak mahu orang kata dia tidak mendapat faedah daripada transformasi kerajaan, sebab itu daripada awal lagi, ditetapkan transformasi mesti membawa kesan dan kebaikan kepada rakyat biasa supaya rakyat dapat merasai bahawa bila bercakap tentang transformasi, kita sebenarnya menjana kekayaaan negara untuk kebaikan rakyat," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 6,000 hadirin di dewan komuniti Kampung Semeba di Kuching pada Sabtu.

Najib, yang memimpin BN pada pilihan raya umum buat pertama kalinya sebagai Perdana Menteri, terus berada di barisan depan jentera parti dalam usaha mendapatkan mandat lebih daripada rakyat bagi meneruskan transformasi ekonomi dan sosial yang dimulakan ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan empat tahun lepas.

Kegigihan beliau dilihat sebagai faktor utama BN untuk meraih sokongan akar umbi sebelum hari pengundian 5 Mei ini dan memenangi hati pengundi atas pagar.

"Beliau merupakan wajah perubahan itu sendiri bagi BN selepas tsunami politik pada 2008.

Sejak empat tahun lepas, beliau melakukan perubahan sebenar dan mengumumkan konsep 1Malaysia, yang sememangnya amat baik kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira siapa mereka," kata seorang ahli politik veteran.

Suara Najib kedengaran agak serak berikutan jadual yang ketat ketika beliau sibuk ke seluruh pelusuk negara dari kawasan bandar hingga ke pedalaman di Sabah dan Sarawak, di mana beliau mengumumkan aku janji bagi menangani masalah yang dihadapi penduduk setempat, sebagai tambahan kepada manifesto BN.

Terdahulu, bercakap di Saratok, Najib berkata kerajaan pusat yang lemah hanya akan menjejas kelicinan transformasi kebangsaan dan meminta rakyat tidak terpedaya dengan slogan 'Ubah' pembangkang.

Merujuk janji yang gagal dilaksana di empat negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, Najib menyifatkan slogan itu sebagai sekadar gimik dan berkata: "Jadi, saya ingin mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali tertarik dengan ungkapan ubah sebab tidak ada apa-apa yang mereka lakukan sebelum ini selepas diberi amanah menjadi kerajaan di negeri berkenaan."

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu komited untuk meneruskan pelaksanaan hudud meskipun hasrat itu tidak dipersetujui sekutunya, DAP. Mustafa memaklumkan media di ibu pejabat parti itu bahawa PAS akan terus memperjuangkan agenda hudud.

PKR berkata, parti itu memecat 34 anggota yang bertanding sebagai calon Bebas, antaranya Ketua Cabang Tanjung Malim Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainudin yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Behrang menentang calon PAS Datuk Abdul Hadi Abdul Khatan, Dr Rusnah Kassimj dari BN dan seorang lagi calon Bebas S.Ramnaidu.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata mereka yang dipecat adalah pemimpin peringkat cabang selepas mereka gagal menarik diri daripada bertanding dan memohon maaf kepada parti sehingga petang Khamis lepas.

Sementara itu, seorang pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat laporan polis setelah diugut seorang lelaki ketika beliau membuat rondaan dan pemantauan di Kubang Semang, Pulau Pinang.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku semalam dan kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau berkata polis menerima 248 laporan berhubung pilihan raya setakat ini dan menahan 48 individu dengan Pulau Pinang mencatat jumlah tangkapan tertinggi iaitu 16 orang.

Perjalanan menjelang pilihan raya turut dicemari beberapa insiden khianat termasuk letupan pada satu majlis ceramah BN di Nibong Tebal yang menyaksikan tiga lelaki ditahan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan