Undi Pos Di Luar Negara Berjalan Lancar - Setiausaha SPR

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengundian pos oleh pengundi di luar negara yang berlangsung pada Ahad berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Beliau berkata, sehingga tengah hari Ahad, secara purata kira-kira 50 peratus daripada pengundi telah menyerahkan kembali sampul kertas undi mereka.

"Di Wellington (New Zealand), angkanya kira-kira 60 peratus. Beijing (China), Tokyo (Jepun), Shanghai (China) dan Canberra (Australia) lebih kurang 50 peratus baru keluar (menyerahkan sampul)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPR di sini, Ahad.

Kamaruddin berkata Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara akan terus dibuka sehingga jam 6 petang waktu tempatan bagi tujuan itu.

Pejabat di Melbourne dan London bagaimanapun akan dibuka sehingga 8 malam kerana pengundi yang berjumlah lebih 1,000 orang, katanya.

Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara telah dihantar 24 April lalu kepada 103 Pejabat Perwakilan Malaysia dan dijangka sampai semula di Malaysia seawal-awalnya pagi Isnin.

Mengenai pelajar luar negara yang telah kembali ke tanah air namun masih berstatus pengundi luar negara, Kamaruddin berkata mereka sepatutnya memaklumkan kepada SPR mengenai status terkini mereka.

Ditanya pula mengenai bendera berwarna-warni yang dikaitkan dengan 'Malaysian Spring', beliau berkata ia tertakluk di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.

"SPR hanya terlibat untuk bahan-bahan kempen. Bendera itu tidak bertulis apa-apa, jadi SPR tak boleh ambil tindakan kerana ia bukan bahan kempen," katanya.

Kamaruddin meminta semua pihak agar tidak terpengaruh dengan pergerakan dari luar kerana sejarah sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain.

"Kalau rakyat suka kita, kita akan menang. Tiada apa yang SPR boleh buat untuk mengalahkan seseorang calon apabila calon itu disukai oleh pengundi setempat," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan