Pembangkang Tidak Berupaya Bentuk Kerajaan - PM

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P212 Sibu, Vincent Lau Lee Ming (dua kiri) dan P211 Lanang, Datuk Tiong Thai King (tiga kanan) selepas berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Sibu malam Sabtu. -FotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P212 Sibu, Vincent Lau Lee Ming (dua kiri) dan P211 Lanang, Datuk Tiong Thai King (tiga kanan) selepas berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Sibu malam Sabtu. -FotoBERNAMA

SIBU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang tidak berupaya membentuk kerajaan yang stabil dan berjaya kerana pakatan itu tidak dibentuk atas persefahaman yang serupa.

Perdana Menteri berkata perdebatan dan perbezaan ideologi antara PAS dan DAP serta kecelaruan dalam PKR bakal mencetus perbalahan hebat sekaligus mengundang ketidakstabilan kepada negara.

"Dengan DAP dan PAS terus bertelagah dalam isu hudud serta pertembungan sesama sendiri calon PAS dan PKR dalam pilihan raya ini, kita yakin pakatan yang tidak sepakat itu akan terus berbalah jika diberi peluang membentuk kerajaan. "Bagi kami, kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak perfect (sempurna) sepenuhnya tetapi kami telah melakukan yang lebih baik daripada mereka sebenarnya," katanya berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di sini malam Sabtu.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan calon BN bagi kawasan Parlimen Sibu Lau Lee Ming dan Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata rakyat tidak harus membenarkan perkara itu berlaku kerana keadaan itu akan merencatkan pembangunan negara yang kini berada di landasan terbaik di bawah kerajaan BN.

Sambil mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan manifesto pakatan pembangkang kerana katanya sebagai Menteri Kewangan beliau mempunyai cukup maklumat bahawa apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah janji palsu yang tidak mampu ditunaikan semudah seperti yang dilaungkan.

"Percayalah pada saya, sebagai menteri kewangan saya tahu apa yang dijanjikan pembangkang itu hanya janji palsu...bukan senang nak turunkan harga minyak, turunkan tol atau hapuskan PTPTN, ia tidak semudah itu, banyak aspek yang perlu diambil kira. "Anda tidak boleh menurunkan (harga) semua benda dalam satu masa dan yang penting rakyat kena tahu pakatan pembangkang hanya tahu berjanji tetapi kerajaan BN sebenarnya sudah melaksanakan sebahagian daripada apa yang dijanjikan mereka," katanya.

Perdana menteri berkata rakyat boleh melakukan perubahan sama ada secara radikal seperti 'Arab Spring' atau membenarkan kerajaan sedia ada melakukan perubahan. Najib berkata kegagalan akibat Arab Spring perlu dijadikan panduan kerana perubahan yang dibuat melalui desakan bakal mengundang keadaan lebih buruk, sesuatu yang tentunya tidak diinginkan rakyat.

Beliau berkata dalam konteks Malaysia, pelabur telah yakin dengan dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan untuk pelaburan lebih besar mereka menuntut kepada kesinambungan pemerintahan yang ada ketika ini.

Najib turut menarik perhatian bahawa pakatan pembangkang kini mula bermimpi untuk menakluk Putrajaya sedangkan sokongan rakyat menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata untuk itu, rakyat Sibu dan Lanang serta seluruh Sarawak perlu bangkit menunjukkan kepada pembangkang bahawa rakyat tidak mudah terpengaruh dan ikut sama bermimpi seperti yang mereka imipikan. "Dulu kita tewas tipis di Sibu tetapi kini perubahan telah berlaku di mana rakyat kini telah kembali untuk memberi sokongan kepada calon BN.

"Sebagai Pengerusi BN saya akan melakukan yang terbaik untuk masyarakat Sibu dan Lanang dan saya boleh bekerja rapat dengan dua calon saya ini untuk membangunkan kedua-dua kawasan serta Sarawak keseluruhannya," katanya.

Untuk itu, Najib menyeru rakyat Sarawak supaya memilih untuk mengundi calon BN pada 5 Mei ini, dan berjanji jika dipilih semula sebagai perdana menteri beliau akan bekerja keras membawa pembangunan kepada negeri dan negara.

Beliau berkata segala perancangan pembangunan tidak mampu dilaksanakannya secara sendirian, sebaliknya memerlukan sokongan khususnya daripada calon yang dipertaruhkan pada pilihan raya umum kali ini.

"Kekuatan yang saya miliki adalah terhasil daripada kepercayaan yang diberikan rakyat tetapi saya tidak boleh lakukan sendirian, saya perlukan pasukan untuk membantu saya.

"Jadi, saya perlukan anda untuk mengundi rakan saya yang bertanding di Sibu dan Lanang dan di 220 kerusi (parlimen lain) di seluruh negara yang berjuang di bawah panji BN," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan