Lahad Datu: Kemuka Bukti Pembangkang Terlibat Dengan Pengganas Sulu -Anwar

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti bahawa Pakatan Pembangkang menjadi dalang dalam serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Februari lalu.

"Saya mahu tahu apa bukti yang mereka ada. Nampak seperti mereka mahu menyalahkan pembangkang atas semuanya - selepas ini bila Manchester United kalah, mereka akan kata ia salah kita juga," katanya dalam ceramah di rumah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Lajim Ukin di Beaufort.

Beliau berkata kenyatan Zahid yang mendakwa tiga pemimpin pembangkang terlibat dalam pencerobohan merupakan satu lagi cubaan untuk mengaitkan dirinya dengan pengganas Sulu.

Anwar berkata beliau tidak pernah mempunyai masalah dengan orang Sulu, kerana sebahagian daripada mereka menyediakan tenaga buruh kepada sektor pembinaan di Sabah.

"Orang Sulu bukan musuh kita. Kita hanya menentang sebarang bentuk keganasan," ujarnya.

Zahid sebelum ini dilaporkan berkata tiga pemimpin pembangkang, dua daripada Semenanjung Malaysia dan seorang dari Sabah merupakan dalang disebalik serangan oleh pengganas bersenjata Sulu.

Beliau dipetik sebagai berkata pihak berkuasa mempunyai bukti penglibatan pembangkang dalam insiden berkenan dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat sebelum mendakwa trio berkenaan.

Zahid berkata butki berkenaan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan