Kenyataan Hadi Awang Lari Dari Landasan Islam - Shafie Apdal

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SARATOK: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kenyataan terbaharu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP adalah untuk memecah undi Melayu, tersimpang dari ajaran Islam sebenar.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebagai seorang pemimpin Islam, Hadi seharusnya lebih tahu dan memahami ajaran Islam yang melarang untuk memecah-belah masyarakat.

"Sebagai orang Islam, patut ikut ajaran Islam, satukan rakyat, beri perpaduan, jangan pecah belahkan rakyat. Saya harap orang Melayu sedar (hal ini) dan ketahui bagaimana kita nak ambil tindakan supaya jangan ada orang Melayu berpecah," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah laporan berita dalam talian mengenai pengakuan Hadi dalam satu majlis di Pulau Pinang Ahad, bahawa PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana mahu memecahkan trend mengundi orang Melayu yang memihak kepada Umno.

Hadi mendakwa ramai pengundi Melayu menolak PAS dalam pilihan raya umum lalu kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan