Kaitkan Pembunuhan TKP Kastam Dengan Kerajaan Korup, Hishammuddin Bidas Kenyataan Biadap Husam

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara. "Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai Kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini, Sabtu.

Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Putrajaya semalam.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan