Dalang Insiden Lahad Datu Tidak Akan Didedah Dalam Masa Terdekat - Zahid - Berita Semasa | mStar

Dalang Insiden Lahad Datu Tidak Akan Didedah Dalam Masa Terdekat - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak bercadang mendedahkan dalam tempoh terdekat dalang di sebalik insiden Lahad Datu, Sabah.

Katanya, jika pendedahan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

"Jadi tunggulah lepas pilihan raya nanti saya rasa saat yang terbaik. Sekarang ini kita hadapi pilihan raya dulu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Nelayan Sungai Tiang di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran yang mendesaknya mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang terlibat dalam insiden Lahad Datu.

Surendran dilaporkan berkata jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama berkenaan dalam tempoh 24 jam, jelas menunjukkan ia adalah "fitnah" yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid berkata segala maklumat mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak secara khusus menyebutkan sesiapa. Kenapa perlu melenting. Kenapa perlu memberikan amaran dalam tempoh 24 jam dan sebagainya," katanya.

Semalam, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan