Cara Kempen Husam Tidak Gugat BN Putrajaya - Tengku Adnan

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Husam (kiri) dan Tengku Adnan
Husam (kiri) dan Tengku Adnan

PUTRAJAYA Calon Barisan Nasional (BN) Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak berasa tergugat dengan pendekatan kempen pihak lawannya.

Beliau merasakan dengan membawa penyokong dari kawasan luar, semata-mata untuk memperlihatkan kehebatan bukanlah satu tindakan bijak.

"Kita tak nak menang sorak kampung tergadai. Biarlah kalau dia nak bawa penyokong luar, tapi harap janganlah cuba timbulkan kekacauan di kawasan Putrajaya.

"Janganlah cabut dan tanggalkan poster serta kain rentang yang BN punya," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga Kemas pada Ahad.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan mengenai tindakan calon PAS, Datuk Husam Musa yang dikatakan membawa penyokong luar dalam ceramahnya.

Menurut Tengku Adnan, beliau lebih selesa berkempen dari rumah ke rumah dan mengunjungi kawasan tumpuan orang ramai secara santai daripada mengadakan ceramah.

Sementara itu, Tengku Adnan menyokong tindakan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mencabar Husam buktikan apa yang didedahkan dalam buku "Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme" adalah tidak benar.

"Kalau apa yang ditulis dalam buku itu tidak benar kenapa perlu takut.

"Selalunya 'Siapa yang makan cili dialah rasa pedas", kata Syed Azidi yang juga dituduh turut mengedar buku berkenaan.

Sebelum ini, Husam membuat laporan polis terhadap Tengku Adnan berhubung penyebaran buku tersebut. -

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan