BR1M Akan Diteruskan Walaupun Ditentang Pembangkang - Berita Semasa | mStar

BR1M Akan Diteruskan Walaupun Ditentang Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan kerana ia merupakan program yang sangat fokus dan memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata pemberian BR1M juga lebih sampai kepada kumpulan sasaran berbanding pemberian subsidi pukal yang turut diterima oleh golongan kaya, pekerja asing dan golongan yang menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan.

"Jadi banyak ketirisan yang berlaku (jika beri subsidi pukal) tetapi bila beri BR1M mereka yang terima boleh pergi ke kedai, membeli belah, beli susu anak, beg sekolah dan pakaian.

"Ini secara tidak langsung turut membantu meningkatkan ekonomi tempatan seperti pasar tani, kedai runcit dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas berjumpa warga Kampung Baru Sungai Terentang di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang yang memperlekehkan langkah kerajaan meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan tetap akan meneruskan program BR1M jika diberi mandat pada pilihan raya umum Mei ini walaupun mendapat tentangan daripada pembangkang.

Malah, beliau berkata program itu juga akan ditambah baik lagi seperti yang terkandung dalam manifesto aku janji BN.

"Kita tahu program ini memberi manfaat kepada rakyat jadi dia (pembangkang) cuba jadikan ia satu kontroversi. Padahal rakyat senang hati dengan BR1M dan rakyat hendakkan program ini diteruskan serta ditambah lagi," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan