Ahmad Maslan Yakin BN Akan Menang Dua Pertiga Dengan Mudah

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

MUAR: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan percaya keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini berasas kepada 160 kerusi Parlimen akan diperoleh dengan mudah.

Ahmad yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata BN mempunyai sasaran dan strategi dengan cara mempertahankan 140 kerusi sedia ada dan menyasarkan 20 kerusi lain akan dirampas daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita boleh ambil lebih tetapi sebagai contoh kita hanya ambil lima kerusi daripada 28 kerusi Parlimen DAP dan lima kerusi daripada 32 kerusi Parlimen Pas dan 10 kerusi daripada 31 kerusi PKR. Semuanya 20 kerusi sahaja.

"Majoriti dua pertiga ialah 148 kerusi, kita sudah ada 140 kerusi sedia ada, jadi melalui sasaran hanya 20 kerusi akan menjadikan bilangan kerusi Parlimen BN kesemuanya 160 kerusi, itu belum dapat lebih daripada sasaran itu," katanya ketika berucap di Kampung Parit Haji Noor, Bakri, di sini, Ahad.

Ahmad berkata, sasaran BN itu adalah tidak mustahil kerana melalui sokongan dan maklum balas yang ditunjukkan di peringkat akar umbi, ia memberi petunjuk positif.

Sehubungan itu, beliau yang akan mempertahankan Parlimen Pontian menggesa semua ahli dan jentera BN supaya melipatgandakan usaha memenangi hati pengundi dalam masa tidak sampai seminggu lagi tempoh berkempen.

"Kita mesti tingkatkan semangat sedia ada, kalau pembangkang pasang 10 bendera kita pasang 20 bendera, kalau mereka pasang kain rentang besar kita pasang lagi besar dan kalau mereka ketuk 20 pintu dari rumah ke rumah kita ketuk 40 pintu dari rumah ke rumah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, calon Perdana Menteri selepas PRU-13 akan kekal milik Najib kerana pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memegang jawatan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan