28 Pelajar Dikejarkan Ke Hospital Akibat Terhidu Gas Beracun

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang pegawai Bomba dan Penyelamat mengambil keterangan daripada salah seorang pelajar SMK Seri Pantai Kuala Kedah yang terhidu gas beracun ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad.
Seorang pegawai Bomba dan Penyelamat mengambil keterangan daripada salah seorang pelajar SMK Seri Pantai Kuala Kedah yang terhidu gas beracun ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad.

ALOR SETAR: Kejadian terhidu gas beracun yang berlaku di Sekolah Menengah Seri Pantai di Kuala Kedah dekat sini pada Selasa lepas, berulang lagi dan kali ini ia melibatkan 28 orang pelajar.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8 pagi semasa perhimpunan apabila beberapa pelajar berasa pening dan loya sebelum ada yang pengsan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk pemeriksaan.

Pelajar tingkatan lima, Siti Nur Fatin Afiqah Azizan, 17, berkata semasa kejadian dia berasa pening dan loya secara tiba-tiba sebelum dia dan rakan-rakan yang lain diminta oleh guru untuk berkumpul di dewan.

"Semasa perhimpunan, saya tidak bau sebarang gas seperti kejadian pertama tapi saya lihat tiga orang rakan pengsan dan ada yang mula mengadu pening kepala dan loya sebelum kami dibawa ke hospital dengan ambulans," katanya semasa ditemui di HSB pada Ahad.

Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan dan Trauma HBS Dr Fatahul Laham Mohamad berkata semua pelajar yang dibawa ke hospital kira-kira pukul 9 pagi itu berada dalam keadaan stabil dan akan ditahan sekurang-kurangnya dua hari bagi menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan lanjutan.

"Pelajar-pelajar yang terdiri daripada tiga lelaki dan 25 perempuan ini menunjukkan simptom-simptom seperti loya, muntah, pedih mata dan pening kepala tetapi setakat ini tiada yang serius. Sekiranya pemeriksaan darah dan x-ray mereka normal, mereka akan dibenarkan pulang.

"Kita telah lakukan proses pembersihan terhadap pelajar-pelajar ini dan mereka akan dipindahkan ke hospital lama. Tapi kita akan terus buat pemantauan kerana perkara ini tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Fatahul berkata situasi kali ini berjaya dikawal dengan baik kerana pihaknya sudah mempunyai pengalaman dalam kejadian pertama dahulu dan kali ini tidak seteruk sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Perumahan Awam Kuala Kedah Hasan Md Nor berkata pihak sekolah seharusnya bersikap telus dalam menangani kes seperti ini bagi mengelak kejadian berulang.

"Mintalah pihak yang bertanggungjawab ini bagi tahu sebab apa yang boleh berlaku begini, waris-waris pun nak tahu. Mereka kata pihak bomba sudah membersihkan tempat itu, apa lagi sebab yang ada dalam kawasan sekolah itu," katanya.

Pada 23 April lepas, seramai 56 orang pelajar tingkatan empat dan lima, seorang guru dan seorang waris dikejarkan ke HSB kerana disyaki terhidu gas beracun yang dipercayai bahan kimia yang dipanggil 'acrolein' yang banyak digunakan dalam baja.

Pihak bomba sebelum itu telah membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan sekolah tetapi tidak menjumpai sebarang kebocoran yang berlaku. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan