Risalah Konon MB Perak Tidak Perlu Sokongan Belia Adalah Fitnah - Zambry

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TURUN PADANG ... Menteri Besar Perak yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (dua, kiri) beramah di Pulau Pangkor pada Sabtu. Turut sama calon BN Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha (kiri).-Foto BERNAMA.
TURUN PADANG ... Menteri Besar Perak yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (dua, kiri) beramah di Pulau Pangkor pada Sabtu. Turut sama calon BN Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha (kiri).-Foto BERNAMA.

PANGKOR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata risalah mengenai kononnya beliau dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang Roshidi Ibrahim tidak memerlukan sokongan belia dan parti komponen adalah fitnah.

Beliau menegaskan ia merupakansatu provokasipada kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Mereka edarkan (risalah) di Parlimen Lumut sejak dua hari lepas...kenyataan dalam risalah adalah rekaan mereka tetapi kononnya (kenyataan) itu daripada saya dan calon DUN Pasir Panjang yang berkata demikian," katanya kepada pemberita pada program turun padang kawasan DUN Pangkor di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak tidak menyebarkan sebarang fitnah ketika tempoh berkempen.

Selain itu beliau mengingatkan pengundi terutama warga emas agar tidak terpedaya sekiranya didatangi kumpulan yang meminta untuk meletakkan dakwat hitam di jari mereka sehari sebelum mengundi.

Katanya beliau ada mendengar desas-desus ada pihak tidak bertanggungjawab akan bertindak demikian bagi menghalang pengundi daripada mengundi.

"Saya dengar-dengar, saya tak mahu tuduh sesiapa pun...minta orang ramai berhati-hati sekiranya ada mana-mana pihak datang nak bubuh dakwat siap-siap," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan