PM Minta Rakyat Bijak Nilai Antara Transformasi Kerajaan Dan Reformasi Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Jalan Stephen Yong di Kuching pada Sabtu. -foto BERNAMA.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Jalan Stephen Yong di Kuching pada Sabtu. -foto BERNAMA.

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat membuat penilaian bijak antara transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan reformasi yang dilaungkan pembangkang.

Beliau berkata dalam tempoh empat tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gigih membawa transformasi yang cukup menyeluruh sama ada transformasi kerajaan, ekonomi, politik mahupun sosial.

Katanya program transformasi kerajaan akan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020 manakala reformasi pembangkang ajar rakyat berdemonstrasi bagi menjayakan hasrat untuk menjadi perdana menteri, yang jelas merujuk kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Transformasi tidak merujuk kepada angka besar saja, saya tidak mahu orang kata dia tidak mendapat faedah daripada transformasi kerajaan, sebab itu daripada awal lagi ditetapkan transformasi mesti membawa kesan dan kebaikan kepada rakyat biasa supaya rakyat dapat merasai bahawa bila bercakap tentang transformasi, kita sebenarnya menjana kekayaaan negara untuk kebaikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan kira-kira 6,000 hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Jalan Stephen Yong di sini, Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air persekutuan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Timbalan Menteri Kerja Raya persekutuan yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng.

Terdahulu, ketibaan Najib bersama kenamaan lain dalam keadaan hujan renyai-renyai, disambut paluan gendang masyarakat Cina, sebelum beliau dipakai baju tradisional masyarakat Bidayuh.

Najib berkata program transformasi telah mencatatkan kejayaan besar, antaranya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. "Ratusan ribu pekerjaan sudah kita sediakan, kadar pengangguran boleh dikatakan hampir 'full employment' (diisi sepenuhnya).

"Kita sudah berjaya, inilah transformasi, kalau sudah berjaya nak ubah apa lagi? Ekonomi kita sudah baik, kita dapat kembangkan nilai pasaran saham, kita dah beri faedah kepada rakyat menerusi antaranya BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)...nak ubah apa lagi?. "Apa yang nak diubah jika perubahan sebenar sudah berlaku...inilah yang saya kata jangan termakan dengan slogan, mudah buat slogan tapi untuk membawa perubahan yang sebenar yang lebih mencabar, tetapi itulah yang telah dilakukan kerajaan BN," katanya.

Sementara itu, Najib menyifatkan Yong seorang wakil rakyat yang 'luar biasa' dan sangat komited pada tugas, sehubungan itu menyeru pengundi di Stampin untuk terus memberi mandat kepada Yong pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.

"Saya beri jaminan dia (Yong) akan bekerja kuat untuk kawasan ini, saya dah tengok dia punya manifesto dan aku janji kawasan pun boleh tahan, ini menunjukkan dia komited untuk bantu tuan-tuan sekalian, jadi kalau tuan-tuan kata sayang saya seperti slogan 'I love PM', sokonglah Datuk Yong.

"Dan saya tidak lupa kalau tuan-tuan dan puan-puan beri sokongan kepada beliau (Yong) dan menang, saya akan menimbangkan 'sesuatu' untuk beliau nanti," katanya.

Yong yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Stampin terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon DAP Julian Tan Kok Ping dan Soo Lina dari Parti Reformasi Rakyat Sarawak (STAR).

Pada pilihan raya umum 2008, Yong mengalahkan Voon Lee Shan dari DAP dan See Chee How dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 3,070 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan