Penjawat Awam Diminta Buat Interpretasi Sendiri Tentang Label Kera - KSN

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta penjawat awam membuat interpretasi sendiri mengenai perbuatan calon pembangkang melabelkan mereka sebagai kera.

"Penjawat awam pun ada perasaan. Saya minta penjawat awam sendiri buat interpretasi (mengenai perkara itu)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Rumah Iskandar Malaysia di Gelang Patah, Sabtu.

Beliau diminta mengulas tindakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Baharu Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang melabelkan penjawat awam sebagai kera.

Rakaman video Md Hashim yang dipercayai berbuat demikian semasa kempen pilihan raya beliau di sini dimuat naik ke Youtube empat hari lepas dengan tajuk 'Semua Penjawat Awam Memang KERA' oleh pemilik akaun bernama mykmujohor.

Lebih 10,500 pengguna Youtube telah menonton rakaman video itu dan ramai daripada mereka mengutuk perbuatan tersebut.

Dalam video sepanjang 39 saat itu Md Hashim berkata kakitangan kerajaan (penjawat awam) merupakan singkatan kepada 'kera dalam jagaan' dan mereka seperti beliau sendiri apabila dilepaskan mula mengamuk dan merusuh.

Mengenai Rumah Iskandar Malaysia, Ali berkata 880 unit telah dihuni oleh penyewa berpendapatan sederhana termasuk penjawat awam.

Menurut beliau, penghuni menyatakan mereka puas hati tinggal di perumahan yang dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (Irda) itu.

Katanya penghuni itu berharap mereka akan dapat membeli rumah yang serba cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan itu dan bukannya hanya menyewa seperti sekarang.

"Kita akan buat proposal secepat mungkin dan berbincang dengan pihak Irda mengenainya," katanya.

Apartmen empat tingkat itu disewakan kepada orang ramai yang bekerja dalam kawasan Iskandar Malaysia pada harga sekitar RM360 hingga RM560 seunit setiap bulan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan