Pengundi Dilarang Ambil Gambar Kertas Undi - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Pengundi dilarang mengambil gambar kertas undi mereka kerana ia merupakan satu kesalahan pilihan raya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata terdapat laporan yang mendakwa ada pihak yang sedia menawarkan sejumlah wang kepada mereka yang mahu mengambil gambar kertas undi mereka yang telah dipangkah.

"Mereka kata jika anda mengambil gambar kertas undi dan menunjukkan siapa yang anda pilih, mereka akan diberikan wang," katanya kepada pemberita selepas memberi ceramah selepas melawat kawasan bandar di sini pada Sabtu.

Lim berkata DAP telah mengarahkan agen pengiraan undi mereka supaya mengawasi isu berkenan secara dekat.

"Saya tidak fikir perkara ini akan berlaku, sekiranya ia berlaku anda boleh meminta yang baru. Sekiranya pengundi mempunyai sebarang pertanyaan mereka boleh bertanya kepada agen pengundian," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan