Penduduk Semporna Tidak Perlu Bimbang Keluar Mengundi - KP Esscom

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek memberi jaminan kepada rakyat tempatan, terutamanya pengundi, supaya tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada hari pengundian 5 Mei ini.

Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, mereka boleh melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut kerana kawalan keselamatan di daerah Semporna telah diperketat dengan penugasan anggota pasukan keselamatan di kawasan darat dan juga pulau-pulau sekitarnya.

"Pengundi jangan dengar jika ada khabar angin yang bertujuan untuk menakutkan pengundi keluar mengundi kerana keadaan keselamatan sudah bertambah baik, kalau ada (khabar angin) terus hubungi sendiri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Mohammad berkata demikian kepada pemberita selepas melawat IPD Semporna di sini Sabtu.

Turut hadir Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Esscomm, Datuk Abd Rashid Harun, Pengarah Bahagian Perisikan Satu, Datuk Mohd Nadzer Ahmad, Pengarah Bahagian Perisikan Dua, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Osman dan Pengarah Bahagian Pertahanan, Mejar Jeneral, Datuk Abdul Halim Abdul Jalal dan Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.

Sementara itu, Mohammad berkata beliau berpuas hati dengan tahap kesiap siagaan pasukan polis Semporna menjelang hari pengundian 5 Mei depan.

"Pengundi jangan bimbang sebab semua pusat mengundi ada anggota keselamatan yang 'standby' (sentiasa bersiap sedia) untuk memantau di sana. Di pulau-pulau pula, kita akan ketatkan lagi kawalan di kawasan persekitaran. Ini untuk memberi keyakinan kepada pelabur bahawa pulau berada pada keadaan selamat untuk melabur di situ," katanya.

Daerah Semporna diletakkan di bawah ESSCOM yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu bagi mencegah insiden pencerobohan berulang. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan