Penduduk Bersikap Terbuka Terhadap Cadangan Pembangunan Kg Baru

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru bersikap terbuka terhadap cadangan pembangunan semula kawasan itu yang dikemuka kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pewartaan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), atau Akta 773 pada 1 April 2010.

Wakil penduduk Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata hampir semua pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru pada dasarnya bersetuju melibatkan diri dalam pembangunan semula kawasan itu berdasarkan beberapa siri penglibatan antara penduduk dan PPKB sejak 2010.

"Kami, khususnya anak jati kampung ini, berlapang dada serta bersikap terbuka dalam soal pembangunan semula kampung yang kami cintai ini. "Kami yakin kerajaan BN dan PPKB akan membela dan mempertahan hak pemilik dan pewaris tanah dengan adil dan telus tanpa ada sebarang agenda tersembunyi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kenduri Kampung pada Sabtu.

Program itu dirasmikan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) Datuk Astaman Abdul Aziz dan dihadiri kira-kira 500 penduduk setempat. Mohd Khay berkata penduduk mengganggap penubuhan PPKB satu langkah proaktif dan berdaya maju serta usaha mengubah lanskap dan wajah Kampung Baru, terutama bagi merapatkan jurang pembangunan kota metropolitan Kuala Lumpur.

"Walaupun sebelum ini telah wujud banyak usaha untuk melaksanakan pembangunan semula Kampung Baru, tetapi usaha itu kurang konkrit tanpa ada sebarang platform yang boleh meyakinkan kami.

"Namun dengan tertubuhnya PPKB, penduduk yakin dengan usaha murni kerajaan untuk membangunkan kampung itu melalui tujuh Bidang Teras Utama," katanya sambil menangkis tanggapan negatif yang disebar pihak tertentu berkaitan cadangan pembangunan Kampung Baru.

Antara bidang teras utama berkenaan ialah mempertingkat pertumbuhan dengan menggalakkan penyelesaian dalam perancangan pembangunan tanah secara inovatif, pembangunan semula kawasan dengan aktiviti pemangkin dan pemeliharaan nilai kebudayaan seni bina serta warisan berteraskan budaya Melayu-Islam, katanya.

"Jaminan juga diberikan pihak PPKB bahawa sebarang pengambilan tanah secara paksa tidak akan wujud, dan hak pewarisan bangsa Melayu akan terus wujud tanpa terguris selama-lamanya," katanya.

Kampung Baru, yang sebahagian besarnya di bawah kategori tanah Penempatan Pertanian Melayu berkeluasan 124.3 hektar (307 ekar), merupakan satu-satunya kawasan pemilikan hartanah kaum Melayu terbesar dan termahal di Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 3,000 pemilik dan pewaris di Kampung Baru. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan