Muhyiddin Yakin Dana PNB Berkembang RM500 Bilion Menjelang 2020

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin dana Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan berkembang kepada lebih RM500 bilion menjelang 2020, jika rakyat terus memberi sokongan kepada syarikat permodalan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata pada masa ini, PNB menguruskan sebanyak RM239.6 bilion pelaburan hasil kejayaan besar yang dicapai oleh PNB dan syarikat-syarikat pelaburannya dalam tempoh 35 tahun.

Melalui pegangan para pelabur dalam unit-unit amanah kendalian PNB, rakyat juga berupaya membina aset kewangan dan menikmati pulangan dalam bentuk pendapatan dan bonus yang kompetitif, katanya ketika berucap merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 di Dewan 2020 di sini Sabtu.

Katanya kejayaan PNB mempamerkan rekod pengagihan pendapatan yang baik mencerminkan strategi pelaburannya yang berhemah dan pencapaian itu juga membolehkan syarikat-syarikat strategik dalam Kumpulan PNB mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan.

"Sepanjang kewujudan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), lebih RM103.5 bilion telah diagih kepada para pelabur dan sudah pasti agihan ini memberi pendapatan tambahan kepada rakyat yang melabur," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) bersyukur kerana PNB yang diilham, ditubuh dan direalisasikan lebih 35 tahun lalu telah melakar kejayaan demi kejayaan.

Dengan kejayaan menguruskan pelaburan dengan baik dan berkesan, sebanyak 11.4 juta pelabur individu telah menikmati pulangan yang baik, katanya.

Muhyiddin berkata resipi kejayaan negara melalui mekanisme PNB dan unit amanahnya ialah strategi pertumbuhan dan agihan atau "pertumbuhan dengan ekuiti" bagi mencapai kestabilan dan perpaduan serta keamanan negara.

Kejayaan yang dicapai PNB, menurut Timbalan Perdana Menteri tidak hanya dibantu dan dinikmati masyarakat Bumiputera sahaja kerana dalam kumpulan PNB terdapat juga pekerja di kalangan kaum lain.

"Begitu juga dengan keuntungan yang tidak hanya dinikmati kaum Bumiputera malah seluruh kaum lain turut menerima manfaatnya melalui pelbagai skim termasuk ASB-PPRT, ASB-Sejahtera, ASW-Bandar dan SARA 1Malaysia.

Beliau yakin instrumen unit amanah yang kerajaan perkenal menerusi PNB adalah instrumen pelaburan yang terbaik, bermodal rendah, berisiko rendah dan mudah dilanggan di lebih 1,600 pejabat ejen ASNB seluruh negara selain boleh dilanggani menerusi perbankan internet.

Muhyiddin berkata, Malaysia yang sedang menuju ambang negara maju pada 2020 juga memerlukan penyatuan minda dan kudrat rakyat bagi mencapai wawasan itu.

"Kita tidak boleh hanya duduk diam diri berpeluk tubuh malah perlu mencari jalan baharu untuk terus maju," katanya.

Beliau berharap program transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN akan terus mendapat sokongan semua rakyat bagi membolehkan negara mencapai matlamat negara maju.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan