Muhyiddin Lakukan Lawatan Sehari Ke Perlis - Berita Semasa | mStar

Muhyiddin Lakukan Lawatan Sehari Ke Perlis

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini Sabtu untuk lawatan kerja sehari ke Perlis.

Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, terus ke Dewan 2020, untuk merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013, program anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk mendidik masyarakat mengenai pelaburan dan menggalakkan mereka terlibat secara aktif dalam industri unit amanah negara.

Ketibaan beliau disambut Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

MSAM yang berlangsung sejak 20 April lalu menerima kehadiran pengunjung mencecah 240,000 orang, melebihi sasaran 150,000 orang.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dijadual menghadiri dua program Pemimpin Bersama Rakyat iaitu di Bukit Keteri dan Simpang Empat pada sebelah petang untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan