Mawan Janji Derma Elaun Anggota Parlimen Jika BN Pertahan Kerusi Saratok

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SARATOK: Tan Sri William Mawan Ikom, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Saratok pada Sabtu berjanji akan menderma semua elaun anggota parlimennya kepada penduduk setempat sekiranya parti itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

"Sebuah badan khas akan ditubuhkan untuk mengurusnya (elaun) demi manfaat mereka. Ini adalah antara sumbangan saya (kepada rakyat)," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Dataran Krian di Tebingan Saratok di sini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pembangunan Sosial negeri dan presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu berkata agenda utama beliau ialah untuk membawa era baharu pembangunan dan kemajuan ke Saratok, sebuah pekan luar bandar di Bahagian Betong.

Kata Mawan beliau sedar cabaran sengit yang dihadapinya untuk mengekalkan kerusi itu, "tapi saya yakin, dengan sokongan padu rakyat dan semua parti komponen BN, kita akan menang.

"Perjuangan ini adalah untuk semua rakyat. Sekiranya BN menang, ia adalah kemenangan untuk mereka semua juga," katanya.

Mawan berkata ketika turun padang untuk berkempen di sebahagian daripada lebih 400 rumah panjang di kawasan parlimen itu, beliau dapati masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduknya.

Beliau juga meminta penduduk di situ mengetepikan isu berhubung kedudukannya sebagai orang luar.

"Isu ini kecil saja, berbanding perkara lebih penting berkaitan kesejahteraan hidup, kemajuan dan pembangunan untuk rakyat, yang hanya boleh ditangani oleh BN," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Saratok dimenangi BN melalui Datuk Jelaing Mersat.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan persekutuan itu tidak diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan