Kem Penempatan Kekal Tentera Akan Dibina di Felda Sahabat

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sebuah kem tentera yang akan menempatkan satu batalion dengan kekuatan 800 pegawai dan anggota akan dibina di Felda Sahabat dekat sini sebagai penempatan kekal bagi memperketat dan memperkemaskan kawalan keselamatan di daerah ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kem itu adalah sebagai jaminan keselamatan kepada penduduk setempat susulan insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina Februari lepas.

"Felda Global Ventures Berhad (FGVH) telah bersetuju untuk memperuntukkan kawasan seluas kira-kira 162 hektar bagi pembinaan kem tersebut.

"Pembinaan itu juga sebagai memenuhi permintaan penduduk yang mahu pasukan keselamatan kekal menjalankan kawalan di kawasan kediaman mereka berikutan kebimbangan sekiranya insiden seperti itu berulang kembali," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan pakaian kepada penduduk di Kampung Tanjung Labian menerusi Program Jiwa Murni ATM dekat sini Jumaat.

Pada program tersebut, 120 kotak pakaian disumbangkan kepada penduduk di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu dan Tanjung Tanahgian.

Hadir sama Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Badaruddin dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Zulkifeli berkata pembinaan kem tersebut dijangka mengambil masa antara 24 hingga 32 bulan dan akan diletakkan di bawah seliaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau berkata kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah masih tertumpu pada operasi pemantauan di kawasan perairan berhampiran sempadan selatan Filipina.

Sementara itu, Zulkifeli berkata kerja-kerja membaikpulih dan menggantikan rumah penduduk, yang rosak akibat pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas dari selatan Filipina semasa Ops Daulat, sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan negeri Sabah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan