Kastam Kaji Semula SOP Keselamatan Pegawai Kanan

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan membabitkan pegawai kanan Kastam akan dikaji semula berikutan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di sini, Jumaat.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kajian SOP itu akan melibatkan satu rangka baharu bagi mengukuhkan lagi tahap keselamatan pegawai kanan kastam bagi mengelakkan tragedi pembunuhan tersebut berulang.

"Sebelum ini kita ada SOP keselamatan kita sendiri membabitkan keselamatan pegawai kanan kita. Kemungkinan kita akan rangka semula bagi menjamin keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengebumian jenazah Allahyarham Shaharuddin di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini, Jumaat.

Katanya, pemergian Shaharuddin tidak akan melunturkan semangat pegawai dan anggota Kastam untuk terus berkhidmat sebagai penguatkuasa bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

Dalam kenyataannya pula, Khazali meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat spekulasi tentang pembunuhan Shaharuddin kerana kes itu dalam siasatan polis.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Suhana, 34, seorang doktor di sebuah klinik di Kuantan berkata Allahyarham seorang yang tegas, berdisiplin dan penyayang kepada anak-anak dan cucunya.

"Ayah tak tunjukkan apa-apa perubahan, tapi pagi tadi kami tak sempat bersalam, yang macam selalu. Dia macam tergesa pergi kerja," katanya yang tinggal di rumah bapanya untuk berpantang anak keempat. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Rahimah Ibrahim, 58, sepasang anak dan empat cucu.

Anak lelaki Allahyarham, Mohd Ahtar, 30, bekerja sebagai arkitek.

Suasana pilu mengiringi upacara pengebumian jenazah Allahyarham Shaharuddin pada kira-kira 6.30 petang.

Lebih 100 orang termasuk kakitangan kastam seluruh negara hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan