Janji Pembangkang Hapus Kemiskinan di Melaka Hanya Mainan Politik - Mohd Ali

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Janji pembangkang untuk menghapuskan kemiskinan di negeri Melaka hanya sekadar mainan politik, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pembangkang yang memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) tidak pernah menyumbang sebarang pembangunan dan program untuk mengatasi masalah kemiskinan di kawasan masing-masing.

"Ingat rakyat tidak tahu mereka tidak lakukan apa-apa langsung di negeri ini, (ini) politik penipu...BN politik ikhlas, janji ditepati melalui pembangunan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek dewan serbaguna terbuka Taman Rumpun Bahagia di sini, Sabtu.

Turut hadir calon BN DUN Bachang Chua Lian Chye.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menghapuskan kemiskinan di Melaka sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negeri itu pada PRU13 dalam ceramahnya di Kota Laksamana di sini malam tadi.

Mohd Ali sebaliknya berkata kerajaan BN telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Melaka sehingga di paras 0.3 peratus pada masa ini.

Beliau berkata janji BN untuk membangunkan negeri dan rakyat telah dilaksanakan mengikut perancangan termasuk di kawasan dimenangi pembangkang seperti DUN Kota Laksamana.

"Ketika isteri (Lim) menjaga Kota Laksamana pun tiada apa yang pembangkang bangunkan," katanya.

Isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng merupakan penyandang DUN Kota Laksamana namun tidak bertanding pada pilihan raya kali ini. DUN berkenaan ditandingi calon DAP Lai Keun Ban yang akan ditentang calon B NDatuk Chiw Tiang Chai dan calon bebas Sim Tong Him. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan